>> BERITA TERKINI

     

      >>UN proclaims 2012 International Year of Co-operatives

      >> Kerja-kerja mengagih Sijil Takaful Etiqa

      >> Kempen 1 Komuniti 1 Koperasi

      >>Had Pembiayaan Berjamin dinaikkan ke RM50,000

      >>Dividen 2008 Dibayar 7%

      >>3 ALK Menang Tanpa Bertanding

      >>Aktiviti Kredit Menjadi Pilihan Utama BUMIRA

      >>Agensi Kutipan Dilantik

      >>93 Anggota BUMIRA Menerima Penghargaan

      >>Keuntungan Meningkat Sebanyak 20.61%

 

 

_____________________________________________________________________________

::Semula::

 

>> KERJA-KERJA MENGAGIH SIJIL TAKAFUL ETIQA

BUMIRA 1 Mei - Kakitangan BUMIRA sedang dalam proses mengagih sijil-sijil Takaful Etiqa untuk diedarkan kepada anggota-anggota.

::Semula::

 

>> KEMPEN 1 KOMUNITI 1 KOPERASI

Oleh SHOLINA OSMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mempromosikan konsep kejiranan 1Komuniti 1Koperasi dalam usaha meningkatkan bilangannya kepada 10,000 koperasi menjelang 2013.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mangsor Saad berkata, koperasi berkonsepkan gagasan 1Malaysia itu bermatlamat menggalakkan penyertaan semula rakyat dalam koperasi.

"Rakyat digalak menubuhkan koperasi di kawasan perumahan sama ada flat, apartmen, kondominium atau kariah masjid," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Jasamu Dikenang anjuran Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad, Tan Sri Aishah Ghani menyampaikan sumbangan kepada bekas Ahli-Ahli Lembaga Pengarah koperasi tersebut.

Mereka ialah Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Fatimah Abdul Majid, Armi Zainudin, Habshah Osman, Datin Paduka Wan Intan Wan Ahmad Tajuddin, Datuk Fatimah Ahmad, Datin Hamidah Hussain, Datin Mariati Abdul Aziz dan Datin Halimah Redzwan.

Sementara itu, Wahidah Ibrahim, 88, dipilih sebagai ahli paling lama dan paling aktif sejak Koperasi Jaya Murni ditubuhkan pada 1975.

Koperasi itu yang ditubuhkan Aishah ketika menjadi Ketua Wanita UMNO telah berusia 35 tahun dengan keahlian 2,691 orang dan pegangan syer RM2,469,735.53.

Mangsor berkata, 1Komuniti 1Koperasi itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.

Melalui penubuhan koperasi itu, jelasnya, rakyat akan dididik dalam bidang perniagaan.

Selain itu, katanya, penubuhan koperasi setempat dapat memberi peluang pekerjaan di kalangan ahli dan keluarga.

"Kos perkhidmatan yang ditawarkan koperasi juga rendah dan ini memberi peluang kepada ahli mendapat manfaat," katanya. ::Semula::

Utusan, Jan 10, 2010

_____________________________________________________________________________

>> HAD PEMBIAYAAN BERJAMIN DINAIKKAN KE RM50,000!!!

     01hb. Januari, 2009

Berita baik kepada anggota-anggota BUMIRA ditahun baru ini, Koperasi BUMIRA Berhad telah menaikkan had Pembiayaan Berjamin dari RM30,000 ke RM50,000 bagi anggota-anggota yang layak.

Koperasi BUMIRA Berhad berharap dengan kenaikkan had pembiayaan ini, anggota-anggota dapat menafaatkannya dan menjana keuntungan yang mana akan dsalurkan kepada kepada anggota-anggotanya dalam pelbagai bentuk dan manafaat. ::Semula::

____________________________________________________________________________

>> DIVIDEN 2008 DIBAYAR 7%

Koperasi BUMIRA Berhad telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak    RM 694,540.07 bagi tempoh kewangan berakhir 30-06-2009.

Berdasarkan kepada keuntungan yang diperolehi itu, maka Anggota Lembaga Koperasi BUMIRA  mencadangkan supaya Dividen dibayar kepada anggota atas kadar   4 % ke atas Modal Yuran terkumpul bagi tahun kewangan berakhir pada  30-06-2009      dan     3 % ke atas   Modal Syer.

 Pembayaran Dividen ini juga telah dicadangkan olej Juruaudit Luar Koperasi. Mesyuarat adalah diminta supaya memberi kelulusan ke atas pembayaran dividen seperti yang dicadangkan. Dengan itu Mesyuarat Agung yang berlangsung pada 8hb November 2009 telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Semua anggota BUMIRA akan menerima cek Dividen dalam masa terdekat bermula pada 9hb November 2009. Bagi Perwakilan yang hadir pada mesyuarat anggota dibayar secara tunai selepas mesyuarat selesai. ::Semula::

_____________________________________________________________________________

>> 3 ALK MENANG TANPA BERTANDING

GENTING  - Mesyuarat  Agung  Tahunan Perwakilan Ke - 22  selesai  diadakan pada   8hb  November  2009  Hotel Seri Malaysia  Genting  Highland, Pahang Darul Makmur. Para  perwakilan     berkumpul     di Hotel  Seri  Malaysia sejak hari Jumaat  bagi menghadiri mesyurat tersebut. Terbahagi dua kawasan iaitu Kawasan A & Kawasan B.  Kawasan A melibatkan anggota luar dari Lembah Klang. Para perwakilan yang terlibat kali ini ialah daripada  Pejabat MARA Negeri Sabah, Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu & Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu. Manakala Perwakilan B yang terlibat dari Ibupejabat MARA,GIATMARA & Yayasan Pelajaran MARA

.<< Pn. Meriyam Abd. Majid

En. Faridi Bin Abd. Rahim

                          >>          

 

3 Anggota yang gugur pada  kali  ini  kekal. Mereka terdiri daripada Pn. Meriyam Abd. Majid, En. Md. Faridi Abd. Rahim  &  En. Mohamad Nor Sazelim  Mohamad. Anggota Lembaga  Koperasi tersebut memegang  portfolio masing  - masing Pn. Meriyam memegang Jawatan

En. Mohamad Nor Bin Sazelim

                                      >>

 Pengerusi, En. Faridi sebagai  Setiausaha & En. Mohamad  Nor Sazelim Mohamad  sebagai  Pengurus Besar . Anggota begitu yakin dengan pengurusan yang dilakukan 3 ALK yang dilantik semula. Pencalonan baru  tiada pada masa pemilihan.::Semula:: 

_____________________________________________________________________________

>> AKTIVITI KREDIT MENJADI PILIHAN UTAMA BUMIRA

 

Setiausaha Pembiayaan Halizah Harun menyifatkan aktiviti kredit masih menjadi pilihan kepada anggota  - anggota.      Ia merupakan keperluan kepada  anggota  yang  bekerja di peringkat kumpulan       sokongan.   Walaupun jumlah pembiayaan yang dipohon rendah tetapi ia dapat mengelakkan anggota daripada terjebak kepada “ALONG”. Bagi mengelakkan anggota pergi mendapat “ALONG” pihak kami menawarkan pelbagai jenis pembiayaan bagi mengatasi masalah anggota. Mengikut rekod  BUMIRA  dari  1hb  Julai 2008 hingga 30hb Jun 2009  Pembiayaan  Peribadi 897 permohonan  diterima  dengan nilai RM 6,953,000.00. Manakala  Pembiayaan Khas 325 permohonan  diterima  dengan  nilai RM 642,346.00. Jumlah  keseluruhan 1,222 permohonan  dengan   nilai RM 7,595,346.00. Pembiayaan biasa meningkat semasa musim perayaan, musim persekolahan & kemasukan anak ke IPTA & IPTS.

 

<< Pn. Halizah Harun.

                                                      Setiausaha Pembiayaan

Keperluan diperlukan bagi menampung persediaan dalam menghadapi keadaan tersebut. Pihak BUMIRA akan membuat pemantau dari masa ke semasa bagi melihat apa yang diperlukan oleh anggota. Ia bergantung juga pada isu semasa misal nya kakitangan kerajaan pada musim perayaan yang baru saja berlalu pihak BUMIRA memperkenalkan Pembiayaan Khas untuk perayaan berjumlah    RM 1,000. Pihak BUMIRA menerima 400 permohonan dalam masa sebulan saja. Ini menunjukkan pembiayaan jumlah yang sikit masih diperlukan. ::Semula::

 _____________________________________________________________________________

>> AGENSI KUTIPAN DILANTIK

BUMIRA telah melantik perkhidmatan agensi kutipan Astra Autolink Sdn. Bhd. bagi membuat kutipan terhadap defaulter yang dikategorikan ingkar membayar balik pembiayaan BUMIRA walaupun yang telah diberi notis dan peringatan.

Bagi peringkat permulaan seramai enam puluh (60) orang defaulter dengan melibatkan wang berjumlah RM 243,377.96 telah diserahkan kepada agensi berkenaan untuk diambil tindakan.

Statistik Kutipan Bagi Tahun Kewangan Mulai Julai 2008 hingga Jun 2009.

· Kutipan melalui agensi Astra Autolink Sdn.Bhd. Kutipan yang diperolehi bermula dari Feb - June 2009 adalah RM 22,515.03. Bayaran komisyen RM 4,503.00

                                                    Tn. Hj. Paiman

                                            Pengerusi Penguatkuasaan >>

· Kutipan yang dilakukan oleh BUMIRA. Jumlah yang  diperolehi melalui bayaran  secara  tunai adalah  RM 44,541.40. Bayaran  secara  ansuran RM 19,244.00.

Daripada jumlah tersebut, seramai 19 defaulter telah menyelesaikan bayaran pembiayaan mereka, 2 defaulter membuat pemotongan melalui seorang penjamin dan satu defaulter membuat  potongan melalui dua orang penjamin.

Jumlah keseluruhan kutipan yang diperolehi bagi tempoh  kewangan  mulai   Julai 2008 - Jun 2009 adalah RM 86,300.43

Tuan Hj. Paiman Pengerusi Penguatkuasaan berkata dari masa kesemasa Jawatankuasa Penguatkuasaan BUMIRA akan terus memantau semua kes - kes yang diterima dan yang telah dikesan pada kadar segera dengan memperkemaskan data - data defaulter dan melipatgandakan usaha dan tenaga berteraskan hutang hendaklah dibayar dengan kadar  setakat mana yang mereka mampu kepada Koperasi BUMIRA Berhad ::Semula::

 _____________________________________________________________________________

>> 93 ANGGOTA BUMIRA MENERIMA PENGHARGAAN

Koperasi BUMIRA julung  - julung  kali memberi penghargaan kepada anggota. Seramai 93 anggota yang menerima penghargaan. Koperasi BUMIRA memberi cenderahati kepada anggota Koperasi yang telah menjadi anggota secara terus menerus selama 25 tahun ke atas. Bagi mengenang jasa anggota yang telah menyumbang dan menanam minat untuk  terus menjadi anggota dengan nilai cenderahati sebanyak RM 500. Ia dicadangkan pada Mesyuarat Agung BUMIRA Ke - 21 pada tahun lepas. Pihak Koperasi BUMIRA akan menghantar kepada semua penerima dalam masa terdekat ini. 8 anggota yang menerima penghargaan pada     Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan ke - 22 di Hotel Seri Malaysia  Genting Highland , Pahang Darul Makmur.  Nama - nama yang menerima adalah seperti berikut :

1. Masnan B. Ahmat (165)

2. Ahmad B. Guriaman (166)

3. Mohd Tohid B. Dammiri (195)

4. Hamzah B. Othman (616)

5. Mohd Sapigni Bin Tulus (642)

6. Meriyam Bt. Abd. Majid (656)

7. Rohaizat Bin Ab. Ghani (736)

8. Noor Aisham B. Othman (818)

::Semula::

 

 _____________________________________________________________________________

>> KEUNTUNGAN MENINGKAT SEBANYAK 20.61%

Berdasarkan kepada Laporan dan Penyata Kewangan Koperasi BUMIRA Berhad ( KBB ) bagi Tahun berakhir 30hb Jun 2009, struktur kewangan KBB telah menunjukkan prestasi yang meningkat. Pendapatan kasar yang diperolehi meningkat sebanyak RM 132,342.36 iaitu 14.16% peningkatan daripada tahun kewangan 2008. Peningkatan pendapatan kasar ini hasil daripada peningkatan aktiviti utama KBB iaitu pembiayaann  kepada anggota.

Terimaan daripada aktiviti pembiayaan ini telah mendominasi pendapat dengan menyumbang sebanyak 76.33% daripada keseluruhan pendapatan. Hasil daripada aktiviti pembiayaan adalah terimaan pulangan atas pembiayaan,yuran proses pembiayaan dan jualan borang pembiayaan. Selain itu, terimaan dividen saham, komisen insuran dan terimaan perkhidmatan Public Islamic Bank, terimaan perkhidmatan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad juga adalah penyumbang kepada peningkatan pendapatan kasar KBB pada tahun kewangan ini.

Perbelanjaan operasi dan pentadbiran KBB meningkat selari dengan peningkatan pendapatan kasar. Peningkatan adalah sebanyak RM 13,651.02 iaitu kenaikan 3.8 % daripada tahun kewangan sebelumnya. Peningkatan dalam perbelanjaan adalah perkara yang normal memandangkan kos pentadbiran yang meningkat pada setiap tahun.

Hasil daripada pendapatan kasar yang diterima dan perbelanjaan yang dikeluarkan, pendapatan bersih KBB bagi tahun kewangan 2009 adalah sebanyak RM 694,540.07 iaitu peningkatan sebanyak RM 118,691.34 atau kenaikan 20.61% daripada tahun kewangan 2008.

Keuntungan bersih selepas Pembahagian Berkanun ialah RM 590,359.06. Keuntungan ini diagihkan kepada anggota KBB dengan memperuntukkan dividen pada kadar 4% atas modal yuran anggota dan 3% atas modal syer.

Secara keseluruhannya, kewangan KBB menunjukkan prestasi yang kukuh dan meningkat. Peningkatan kepada aktiviti pembiayaan kepada anggota dan aktiviti pelaburan adalah pemangkin kepada keutuhan kewangan KBB pada masa kini. ::Semula::