Hakcipta Terpelihara 2008. Koperasi BUMIRA Berhad. Tiada sebarang maklumat boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran.

 

 

KOPERASI BUMIRA BERHAD | Wadah Koperasi Anda...
 

 

 

 

 

 

:: SEJARAH KOPERASI BUMIRA ::
   
   
   
   

>> Koperasi Bumira Berhad dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra beralamat Lot 3.20 Tingkat Dua Medan MARA, No 21, Jalan Raja Laut, 50357 Kuala Lumpur.

 

Merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1972 dengan nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Bumira Berhad.

 

Sepuluh tahun selepas itu, nama syarikat telah ditukar kepada Koperasi Bumira Berhad. Tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan fungsi - fungsi kredit, pengguna, perumahan, perladangan dan pengangkutan.

Lebih kepada bentuk pinjaman kepada ahli - ahlinya yang terdiri daripada kakitangan pejabat MARA. Hampir 90% ahlinya terdiri dari kalangan bumiputra. Matlamat koperasi ini menurut subseksyen 4 (1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota - anggotanya mengikut prinsip - prinsip koperasi.

 

 

 

 

KEANGGOTAAN

 

Terdiri daripada :

 

>>Anggota kerja MARA

>>Anggota kerja projek MARA

>>Anggota kerja anak syarikat MARA

>>Anggota kerja badan/organisasi yang dahulunya ditubuhkan oleh MARA

 

SYARAT-SYARAT :

 

>>Warganegara malaysia

>>Telah mencapai umur lapan belas tahun

>>Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini

>>Tidak disabitkan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak berupaya dari segi mental, atau bankrap >>Yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam  

     tempoh satu tahun.

 

>>Permohanan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan

    kepada setiausaha.

>>Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan yuran masuk sebanyak dua

    puluh ringgit.

>>Bekas anggota yang memohon semula menjadi anggota akan dikenakan yuran masuk sebanyak

    lima puluh ringgit.

>>Penama atau wakil sah kepada anggota yang mati, jika layak dan memohon untuk menjadi anggota

    dalam masa tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan yuran masuk.

 

Koperasi BUMIRA Berhad

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

___________________________________________________________________________

 

 

 

 

Koperasi BUMIRA Berhad.Lot 3.28 & 3.29, Tingkat 2, Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

TEL : (603) 26912119 | FAX : (603) 26921972