Intisari : -

 

 

>> GENERASI KELIMA KOMPUTER SUDAH BERMULA?

>> VIRUS DAN KESANNYA - Download PDF

>> KANDUNGAN LAMAN WEB YANG BAIK

>> EVOLUSI KOMPUTER

>> DAPATKAN BERITA TERKINI BUMIRA MELALUI RSS DI TELEFON ANDA

>> KEGAGALAN SISTEM KOMPUTER DI KOPERASI

>> LANGKAH-LANGKAH PENGKOMPUTERAN DI KOPERASI

 

 

_____________________________________________________________________________

GENERASI KELIMA KOMPUTER SUDAH BERMULA?

Lanjut : http://www.pranavmistry.com/projects/sixthsense/

_____________________________________________________________________________

KANDUNGAN LAMAN WEB YANG BAIK

- MajalahPC [http://jalalmpc.tripod.com]

Jika kita memasuki laman-laman Web yang bagus kita akan mendapati laman-laman itu mempunyai beberapa ciri-ciri utama yang serupa. Berikut adalah beberapa ciri-ciri am yang sesuai untuk semua laman Web dan boleh dijadikan sebuah garis panduan khusus untuk membina satu laman Web yang lengkap dan baik.

1. Peta tapak (site map) - Susunan laman Web yang teratur dan disertakan sambungan-sambungan yang jelas akan menjadi daya tarikan kepada pembaca. Bagi mendapatkan "output" yang menarik disarankan anda membuat peta tapak iaitu "outline" bagi laman Web anda dengan menunjukkan ide dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya. Peta tapak ini juga memaparkan struktur heirarki untuk tapak Web anda. Susunkan kesemua data dan informasi yang ingin anda masukkan supaya ia kelihatan kemas. Ini akan memudahkan pembaca anda memperolehi sebarang informasi yang dikehendaki mereka. Para pengunjung pasti akan kembali ke laman Web anda jika ia dapat memenuhi apa yang dikehendakinya.

2. Navigation Bar - Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman Web. Biasanya Navigation bar diletakkan di atas setiap mukasurat laman Web dan hendaklah konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Tidak kurang juga Navigation berada di sebelah tepi sesuatu laman Web. Terdapat juga laman Web yang membahagikan mukasurat mereka kepada dua bahagian: satu mengandungi Navigation bar dan satu lagi mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Rekabentuk begini menetapkan Navigator pada kedudukan asal walaupun butang Navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks sahaja. Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu laman Web itu lebih cantik dan menarik. Tidak kira anda menggunakan teks atau grafik apa yang penting ialah, setiap butang Navigation bar itu perlu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan butang mukasurat yang sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan mukasurat-mukasurat lain atau buatkan ia sebagai butang tidak aktif. Sebagai tambahan masukkan  butang "back" dan "foward" ataupun "previous" dan "next" bagi menyenangkan pembaca.

3. Mukasurat profil - Jangan hairan jika ada sesetengah laman Web tidak mengandungi mukasurat berkenaan siapa mereka dan bagaimana cara pembaca boleh menghubungi mereka. Lebih menghairankan jika laman Web "misteri" itu terdiri dari mereka yang terlibat di dalam penjualan produk atau perkhidmatan. Pembaca tentu sekali berminat malah merasa lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Pastikan terdapat sambungan di dalam laman Web anda yang membolehkan pembaca emel anda. Emel sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda memasuki cara-cara lain seperti ruangan komen (feedback) untuk pembaca berhubung dengan anda. Anda diingatkan untuk memasukkan nama dan alamat surat menyurat anda.

4. Borang komen - Ruangan komen membolehkan pembaca meminta maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor telefon dan menghubungi anda. Anda juga tidak perlu memeningkan kepala melayan pemanggil-pemanggil. Sebaliknya anda hanya  perlu menjawab sebarang pertanyaan melalui emel ataupun surat. Bukan setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam laman Web anda. Anda dapat memperlengkapkan informasi-informasi di dalam laman Web anda berdasarkan komen-komen dari pembaca.

5. Kandungan yang menyeronokkan - Pembaca berharap untuk memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu laman Web. Anda harus membina laman Web yang dapat memberikan pembaca apa yang mereka mahu. gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik pembaca tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang susah. Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik pembaca untuk kembali berkunjung ke laman Web anda. anda tidak perlu risau tentang ruangan kerana tidak ada ruangan yang terhad di dalam internet.

6. Soalan lazim (FAQ - frequently asked question) - Anda mungkin berhadapan dengan soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca yang berlaianan. Dengan mewujudkan ruangan FAQ, anda boleh menjimatkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan sekaligus menyenangkan pembaca-pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan kepada anda. Kebanyakan laman Web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bahagian atas muka surat dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca hanya perlu klik pada soalan, dan mereka akan disambungkan kepada jawapan kepada soalan berkenaan.

7. Grafik - Teknologi terkini internet membolehkan bukan sahaja teks malah grafik dipamirkan di dalam laman Web anda. Ini akan memnampakkan keceriaan di dalam laman Web anda dan membuatkannya sekaligus tampak menarik. Pilihlah imej yang dapat menyalurkan maklumat dan tidak membebankan. Buatkan imej yang kecil dan "fast-loading" kerana pembaca tidak suka menunggu terlalu lama untuk sesuatu mukasurat itu muncul kesemuanya. Bagi mengoptimakan imej, gunakan imej di dalam format 16-color. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan adalah pilihan terbaik terutama pada navigation bar anda. Grafik bagi navigation bar anda akan muncul di setiap mukasurat laman Web anda membolehkan proses load setiap mukasurat lebih cepat dengan adanya cache. Anda juga boleh merancang memberi pilihan kepada pembaca yang ingin membaca laman Web anda di dalam versi teks sahaja untuk mengelakkan kesesakan.

8. Mekanisma pencari - Memasukkan mekanisma pencari di dalam laman Web anda dapat membantu pembaca. Pembaca hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak Web anda yang mengandungi perkataan tersebut. Pembaca akan berterima kasih jika laman Web yang besar mempunyai elemen ini. Peralatan pencari senang untuk di"maintain" sebaik sahaja ia di"install" ke dalam server Web. Ia secara otomatik akan mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjin-enjin pencari yang memberi lesen menggunakan teknologi tersebut.

9. Mukasurat berita - Tapak Web yang baik sentiasa memberikan maklumat terkini kepada pembaca. Anda boleh menggunakan teks ataupun ikon "New" untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang telah anda masukkan ke dalam laman Web anda. Anda juga boleh menwujudkan satu mukasurat khas untuk menyenaraikan berita-berita terbaru. Setelah berlalu satu jangka masa yang ditetapkan anda perlulah memindahkan informasi berkenaan ke dalam kategori yang bersesuaian dan menggantikan pula dengan berita yang baru. Untuk menyenangkan pembaca, sertakan tarikh akhir anda mengemaskini laman Web anda. Pembaca tentu mahu tahu sama ada berita terkini anda merupakan berita yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk. Tetapkanlah satu jangkamasa sama ada setiap minggu atau dua kali seminggu untuk mengemaskini laman Web anda.

10. Sambungan yang relevan - Salah satu komponen utama tapak Web ialah koleksi sambungan dengan lain-lain tapak Web yang berkenaan. Satu laman Web yang bagus ialah laman Web yang menawarkan sambungan ke laman Web lain yang merujuk kepada topik yang sama. Anda boleh menawarkan bukan setakat sambungan sahaja, malah anda boleh memberikan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan tapak Web tersebut kepada pembaca. Ini menyenangkan pembaca memilih laman Web yang mempunyai topik yang dikehendaki.

 

_____________________________________________________________________________

EVOLUSI KOMPUTER

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940 (Shaharuddin Salleh : Pengenalan Kepada Komputer). Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :

Generasi Pertama (1940-1959)
Generasi Kedua (1959-1964)
Generasi Ketiga (1964-1980)
Generasi Keempat (1980 - Sekarang)
Generasi Kelima (Masa Depan)

GENERASI PERTAMA

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe).

Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling.


Tiub Vakum ENIAC
Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.
 

 

 

<< ENIAC

 


Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan.

EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.

Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.




GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan.

Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir.

Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.

<< DEC PDP-8

 

GENERASI KETIGA

IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula.

Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.
 

 

 

 

<<Apple II


Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.
 

GENERASI KEEMPAT

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa.

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !.

Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

 

<<Cray X-MP/48



GENERASI KELIMA

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut.

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

:: kembali ::

Nor Arisham Bakar

_____________________________________________________________________________

DAPATKAN BERITA TERKINI BUMIRA MELALUI RSS DI TELEFON ANDA

Adakalanya anda begitu sibuk atau tidak mempunyai kemudahan komputer untuk melayari laman web BUMIRA. Ia tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai telefon atau pda yang mempunyai kemudahan RSS atau "Really Simple Syndication". Ia seolah-olah maklumat atau berita ringkas yang boleh dicapai dengan kelajuan internet yang rendah seperti GPRS atau 3G ditelefon/pda.

Nokia N97, N85, N73, Samsung OMNIA, Apple Iphone, Blackberry dan sebagainya menawarkan perisian RSS.

Contoh mendapatkan RSS dari laman web BUMIRA :-

2) Masuk ke RSS Reader dan click Menu

3) Pilih New Subscription

    Enter URL

    kemudian masukkan http://www.bumira.com.my/rss.xml (alamat RSS)

    dan click pada get a feed name from a Web Site

    click Add

4) Item RSS Koperasi BUMIRA Berhad akan muncul

    untuk update, click pada RSS tersebut dan pilih UPDATE

5) Berita-berita RSS akan dipaparkan

Nota : RSS pada telefon/pda anda mungkin sedikit berbeza.

Sekarang, anda boleh mendapatkan berita terkini dari RSS laman web BUMIRA !.

:: kembali ::

Nor Arisham Bakar

_____________________________________________________________________________

 

>>KEGAGALAN SISTEM KOMPUTER DI KOPERASI

Kegagalan sistem komputer dikoperasi merupakan suatu fenomena yang amat merugikan koperasi dalam pelbagai faktor seperti masa, tenaga, kewangan dan kos-kos lain yang terlibat.
Terdapat pelbagai faktor-faktor atau punca kegagalan sesebuah sistem komputer disesebuah koperasi. Antara yang dikenalpasti ialah :

1.0 PERANCANGAN YANG TIDAK TEPAT

Perancangan selalunya memerlukan kajian yang teliti bagi mencapai kejayaan. Namun begitu kebanyakan koperasi hanya mengambil ringan perkara tersebut dengan hanya membuat perancangan sambil lewa atau langsung tidak membuat perancangan. Diantara masaalah perancangan-perancangan yang harus diambil berat oleh koperasi ialah :

a) Punca sumber kewangan
Koperasi harus memastikan dari mana punca kewangan untuk membiayai projek pengkomputeran agar ianya tidak menimbulkan masaalah dari aspek akaun.

b) Keupayaan Kewangan (Budget)
Adakalanya koperasi tidak begitu mementingkan keupayaan kewangan mereka. Ini akan menimbulkan suatu implikasi yang amat buruk dimana, koperasi mungkin akan terpaksa mencari sumber lain bagi menampung kos pengkomputeran atau menanggung beban lampau hutang dengan institusi kewangan.

c) Masa
Masa merupakan suatu lagi faktor yang kurang disedari oleh sesebuah koperasi apabila mengkomputerkan organisasi mereka. Kekurangan penelitian dalam masaalah ini akan mengakibatkan masa yang diambil bagi mengkomputerkan koperasi menjadi terlalu lama sehingga menjejas projek lain yang sepatutnya boleh dijalankan.

Perancangan yang tepat merupakan nadi dalam pengkoputeran koperasi, jika ia tidak sempurna maka banyak lagi kesan-kesan lagi akan wujud.

2.0 TIADA PENGETAHUAN TENTANG KOMPUTER

Fenomena fobia komputer didalam koperasi bukanlah suatu masaalah baru. Rata-rata pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai koperasi kebanyakkannya kurang berminat dalam menambah ilmu teknologi maklumat. Antara implikasi yang akan timbul apabila tiada pengetahuan komputer ialah :

a) Mudah tertipu dengan Pembekal
Koperasi tidak sepatutnya mempercayai 100% percakapan atau cadangan pembekal. Koperasi haruslah mengambil langkah-langkah berhati-hati bagi menjamin risiko yang minimum.

b) Tidak pasti sistem yang akan digunakan
Koperasi-koperasi yang ingin mengkomputerkan organisasi mereka haruslah memastikan terlebih dahulu spesifikasi yang ingin digunakan agar memenuhi kehendak koperasi. Kekurangan pengetahuan mengakibatkan sistem yang dibeli tidak akan dapat memenuhi keperluan pada jangka masa yang panjang serta mudah dipengaruhi oleh pembekal-pembekal.

Para pemimpin koperasi haruslah mengambil langkah wajar bagi menambah pengetahuan mereka samada di institutsi pengajian tinggi, internet atau kolej-kolej swasta.

 

c) Kekurangan staf yang berpengalaman dalam bidang IT

Koperasi haruslah memilikki staf yang berpengetahuan dalam bidang IT. Walaupun sistem yang dibina mesra-pengguna, namun begitu bagi mengurangkan kos servis dan bantuan teknikal, koperasi haruslah menitik beratkan staf yang mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pengendalian sistem pengoperasi seperti windows dan masalah-masalah lazim seperti virus, spam dan sebagainya. 

3.0 KESILAPAN MEMILIH PEMBEKAL

Koperasi haruslah memilih pembekal yang boleh dipercayai dan mempu memberi servis yang baik. Banyak pembekal-pembekal komputer yang hanya pandai bermain kata dan mementingkan keuntungan semata-mata.

Antara aspek-aspek yang perlu dikaji pada pembekal ialah :

a) Latar belakang syarikat
Ia amat penting bagi mengetahui samada syarikat tersebut pernah memberi servis kepada koperasi lain. Ia boleh membantu dalam memberi servis yang lebih baik serta tepat.

b) Keupayaan Kewangan Syarikat
Ini amat berguna bagi menjamin syarikat tersebut mampu bertahan lama dan memberi ‘continuous service’ kepada koperasi, koperasi tersebut perlu dilihat kewangannya, ini adalah kerana banyak syarikat yang ‘lari’ dan ‘bungkus tikar’ yang seterusnya akan mengakibatkan sistem komputer koperasi terbengkalai.

bagi menjamin kelancaran sistem komputer koperasi, pilihlah pembekal yang terkenal atau sudah dipercayai dan mempunyai latar belakang yang baik serta pernah memberi servis kepada koperasi-koperasi lain.

4.0 KESILAPAN MEMILIH PERKAKASAN ‘HARDWARE’

Perkakasan yang baik dan berkuasa amat diperlukan di koperasi-koperasi. Kesilapan dalam memilih perkakasan atau ‘hardware’ akan mengakibatkan banyak impak (impact) contohnya :

a) Tugas seharian tidak lancar
Kekurangan memori (memory) dan harddisk (cakera keras) contohnya, boleh mengakibatkan proses ‘key in’ menjadi lambat dan hanya data-data penting sahaja yang dimasukkan bagi menjimat ruangan storan. Akibatnya berlaku permasaalahan dan kekangan data.

b) Ketahanan perkakasan kurang
Perkakasan yang ‘clone’ atau OEM kurang berkualiti dan kemungkinan tidak mempunyai ‘warranty’ bagi menjamin hayatnya. Jika sebarang keroskan berlaku, koperasi terpaksa membelanja lebih wang bagi menjamin sistem komputer lancar.

Koperasi-koperasi bolehlah memilih perkakasan yang agak ‘branded’ seperti sistem-sistem SUN, Hewlett Packard atau International Business Machine, walaupun agak mahal namun perkakasan-perkakasan ini sudah teruji dan kualiti serta ketahanannya terjamin.

5.0 KESILAPAN DALAM MEMILIH PERISIAN ‘SOFTWARE’

Ini adalah bahagian yang amat penting. Ia perlu dipilih dengan amat berhati-hati kerana jikalau ia tersalah pilih, maka pemgkomputeran dikoperasi tiada gunanya.

Antara perisian yang seringkali tersalah pilih ialah :

a) Operating System
Pemilihan OS yang salah akan menjadikan pengaturcaraan menjadi lambat dan tidak begitu ‘powerful’, ‘multi-tasking’ dan sebagainya. Pilihlah OS yang terkenal dalam mengawal pengkalan data (database). Pastikan juga perisian tersebut jitu (original), bagi mengelakkan koperasi disaman oleh badan-badan seperti BSA.

b) Pengkalan Data (Database)
Kesilapan dalam memilih database akan menyebabkan keupayaan dalam ‘output’ terhad. Ruangan storan juga akan mengalami masaalah dalam menanggung jumlah data yang amat banyak. Antara pengkalan data yang dicadangkan antaranya SQL, Universe, Pick System, Oracle atau terdapat pengkalan data percuma yang tidak kurang mutunya seperti MySQL.

c) Application Developer
Ini amat penting dalam membangunkan applikasi bagi sesebuah koperasi dalam bentuk ’tailor made’. Pemilihan application developer yang salah akan menyebabkan bentuk data yang akan di’key in’ terhad. Kebanyakan koperasi menggunakan application developer seperti Visual Basic, Delphi atau Power2. Sistem yang baik bukan hanya terletak pada antara-muka yang canggih tetapi pengendalian data juga penting.

KESIMPULAN

Koperasi haruslah berhati-hati agar pengkomputeran dikoperasi menjadi kenyataan dan memberi hasil yang maksimum. Ini adalah kerana jikalau ia gagal maka pelbagai aspek kerugian akan ditanggung oleh koperasi.:: kembali ::

- Nor Arisham Bakar

_____________________________________________________________________________

>>LANGKAH-LANGKAH PENGKOMPUTERAN DI KOPERASI

 Pengkomputeran di koperasi adalah suatu langkah bijak yang sepatutnya diambil oleh koperasi bagi menjamin ia mampu bersaing dengan badan-badan korporat lain seiring dengan wawasan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad di alaf 2020.
Walaubagaimanapun, ia memerlukan kajian yang teliti dan langkah-langkah yang bertepatan.

Beberapa langkah yang perlu diambil bagi memastikan rancangan pengkomputeran ini menjadi suatu kenyataan ialah :

1.0 CADANGAN
Cadangan selalunya bermula dari idea untuk mewujudkan suatu sistem pengkomputeran dan ianya akan dibawa kedalam mesyuarat pengurusan atau mesyuarat lembaga atau sesetengah koperasi memerlukan ia dibawa ke dalam mesyuarat Agong tahunan. Terlebih dahulu wakil bagi membentangkan cadangan tersebut perlu bersedia dengan idea-idea awal atau ‘rough idea’ apakah yang hendak dilakukan, keperluan pengkomputeran spesifikasi sistem yang hendak dibeli dan sebagainya. Seterusnya lembaga akan melantik Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji tujuan dan melaksanakan dasar-dasar perlaksanaan sistem yang bertanggungjawab untuk :

a) Menentukan keutamaan applikasi selaras dengan dasar.

b) Mengenal pasti dan menyediakan keperluan bagi menrealitikan projek pengkomputeran.

c) Menggesa kemajuan perlaksanaan.

d) Melantik pasukan professional bagi mengkaji sistem.

e) Menentukan polisi yang berkaitan.

f) Menyelaras proses pengkomputeran.
Jawatankuasa ini pula akan melantik suatu jawatankuasa kecil yang dipanggil Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji keperluan sistem. Mereka ini terdiri dari ahli lembaga, pengurus atau pegawai pengurusan dan professional teknologi maklumat.

2.0 KAJIAN AWAL
Kajian awal perlu dilakukan bagi melancarkan proses pengkomputeran. Antara kajian-kajian yang perlu dibuat adalah :
 

a) Mengenalpasti kelemahan dan masaalah sistem sekarang (jika ada).

b) Mengenalpasti usaha-usaha yang telah dilaksanakan.

c) Tugas baru atau kerja-kerja yang amat memerlukan penggunaan komputer

d) Faedah dan hasil dari penggunaan komputer.

e) Fungsi-fungsi atau modul-modul yang perlu dikomputerkan.

f) Kos permulaan dan penyelengaraan.
Setelah kajian awal ini siap Kajian Kemungkinan pula perlu dibuat ;

i) Membuat penilaian tentang faedah yang boleh didapati dari pengkomputeran.

ii) Memastikan keputusan yang betul dibuat.

iii) Tugas-tugas yang akan dilakukan oleh komputer.

iv) Memastikan spesifikasi perkakasan dan perisian.


3.0 TINDAKAN LANJUT
Setelah semua kajian dibuat, beberapa perkara perlu dibuat tindakan lanjutan, antaranya :


a) Latihan terhadap kakitangan

 

b) Sumber-sumber kewangan untuk membiayai projek pengkomputeran tersebut.

c) Spesifikasi tender yang perlu dikeluarkan atau diiklankan. Jawatakuasa Tender perlu ditubuhkan. Mereka bertanggungjawab bagi memproses tender-tender yang diterima. Jawatankuasa Kewangan Tender pula bertujuan mengkaji harga sistem yang ditawarkan. Kesemua laporan hendaklah dibawa ke Mesyuarat Lembaga Tender.

d) Tempat dimana komputer-komputer akan ditempatkan.

e) Data-data perlu dikemaskini agar tidak berlaku ‘garbage in – garbage out’.

4.0 ‘LETTER OF INTENT’
‘Letter Of Intent’ atau surat jemputan hendaklah dihantar kepada koperasi-koperasi yang terpilih. Koperasi-koperasi ini perlu membuat demonstrasi dan menerangkan keupayaan sistem mereka. Kesemua ahli lembaga Jawatakuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal perlu dijemput bagi memastikan hanya koperasi yang menawarkan sistem terbaik beserta dengan harga yang berpatutan diterima.

5.0 PERJANJIAN
Setelah koperasi dipilih, perjanjian jual-beli dan penyelengaraan sistem akan dibuat. Perjanjian selalunya ditandatangani oleh Pengerusi Koperasi atau wakil koperasi dengan wakil pembekal. Pastikan perjanjian tidak berat sebelah atau berpihak kepada koperasi pembekal. Ketika ini juga proses pembayaran akan bermula. Pembayaran selalunya terbahagi kepada 4 bahagian :

a) Ketika menandatangani perjanjian. (10%)

b) Ketika penghantaran. (30%)

c) Penerimaan Bersyarat (30%)

d) Penerimaan Akhir. (30%)
 

6.0 PERLAKSANAAN
Projek pengkomputeran selalunya mempunyai tiga jenis cara perlaksanaan ;

a) System Intergrator (Turn Key) Koperasi akan membeli peralatan dan perisian dari luar dan hanya memasangkannya di koperasi.
b) In House Koperasi hanya membeli perkakasan dari pemenang tender manakala applikasi akan ditulis sendiri oleh professional Teknologi Maklumat koperasi.
c) System House Pemenang tender akan menulis applikasi manakala perkakasan akan dibeli dari syarikat lain.


7.0 PERHATIAN
Beberapa perkara perlu dititik beratkan oleh koperasi ketika melaksanakan proses akhir ini (perlaksanaan) iaitu :


a) Latihan kepada kakitanganSepatutnya pembekal akan menyediakan latihan samada perisian, applikasi atau perkakasan.
b) Penerimaan Bersyarat Kesemua sistem perlu diuji sebelum membuat pembayaran. Surat-surat penerimaan dan pembayaran juga perlu diteliti.
c) Conversion / PeralihanSemasa peralihan terdapat beberapa teknik :

 

i) Parallel Run

ii) Pilot Run

iii) Change Over - Teknik yang paling popular iaitu menukarkan sistem secara langkah

    demi langkah (step by step).

iv) Direct Change Over - Terus menukar kesemua sistem.

 

d) Audit data Data perlu disemak dan diaudit agar ianya tepat dan segala ‘key-in error’ dan ketidaktepatan data dapat dihapuskan.

e) Lain-lain

Teknik-teknik penyelengaraan juga mesti dikenalpasti agar tidak membebankan koperasi. Tempoh jaminan sistem juga perlu diambil berat , selalunya ianya tidak kurang dari 3 tahun.

8.0 KEFAHAMAN
Langkah-langkah mengkomputerkan koperasi adalah agak sukar. Kebanyakan koperasi-koperasi kecil tidak mempunyai keupayaan atau pengetahuan ini. Koperasi-koperasi yang menghadapi masaalah untuk mendapatkan professional atau consultant bagi menasihatkan teknik-teknik projek pengkomputeran ini bolehlah mengambil kursus jangka-pendek di Maktab Kerjasama Malaysia atau menulis kepada saya bagi bertukar-tukar pendapat.
:: kembali ::


-  Nor Arisham Haji Bakar